CARA MASAK MEE BANDUNG ..mudah dan yang penting sedap


Tumiskan Perencah Mee bandung Maharani
Masukkan 7 gelas air rebusan daging dan biarkan mendidih
masukkan tauhu, sawi dan tomato
sebelum diangkat .. pecahkan telur di dalamnya
tuang di atas mee dan taburkan bawang goreng serta hirisan lada
enak dimakan ketika panas


** berdasarkan pengalaman .... lebih dari 7 gelas air pun boleh ..... boleh makan untuk 8 - 10 orang .... boleh tambah lagi udang ker...sotong ker ... (ni kira tak ikut peraturan mee bandung sebenar ... :) )
*** kalau takde air rebusan daging .... guna perencah semata mata pun ok ... sebab rasanya sudah mewah dengan rasa udang kering ....

Perencah - Penghantaran pos dan cara simpan

Salam ...

Penghantaran pos
Perencah Maharani ni adalah dalam bentuk pes (basah)
Kebiasaannya perencah dihantar kepada pembeli menggunakan pos laju
untuk dapat anggaran harga poslaju ..boleh semak di web pos.com.my ..
berat perencah ~ 400gm/pek
sila tambah 200gm utk kotak bungkusan/parcel dlm membuat perkiraan

Simpan
Perencah tahan lama sekiranya disimpan di peti sejukbeku ... boleh tahan sehingga lebih setahun
pernah pembeli ...kemudian pos kepada saudara mara mereka di luar negara .... perjalanan mengambil masa 2 minggu ...dan perencah masih elok
(berdasarkan maklumbalas... yg pernah di pos ke luar negara adalah perencah Mee bandung dan Perencah Asam Pedas)

RM9

Salam sejahtera kepada penggemar Perencah dan semua pengunjung blog ini.

Sebenarnya dah lama pembekal perencah di Muar memberi saranan supaya harga perencah dijual pada harga yang tertera di pek Mee Bandung. Oleh itu pada tahun ini harga diseralaskan supaya memudahkan agen egen yang menjual dapat memberi perkhidmatan menjual di tempat masing masing ...

Saya akan cuba meramaikan agen yang menjual perencah Maharani ini supaya dapat sampai terus ke tangan penggemar

Perencah Perencah ini sekarang rm9/pek (anggaran berat 400gm/pek)
  • Mee Bandung
  • Mee Rebus
  • Rendang
  • Sambal kacang
  • Asam Pedas
  • Briani
  • Kari Segera
  • Perencah Nasi Briani (100gm) - rm6
  • Rempah Soto Nur Ain (100gm) - rm4

Mee Rebus Muar - ramai yg sukakanya

Sebagaimana diketahui mee bandung sememangnya paling popular,
namun sesetengah org yang dah rasa mee rebus ..mereka lebih suka mee rebus pulak ..mengikut citarasa memasing laa kan
biasanya bangsa cina lebih suka mee rebus ... ada rasa manis kentang

baru baru ni ada tokey restoran ambil perencah mee bandung & mee rebus untuk rasa dan beliau cadang nak buka cawangan kopitiam di Terengganu .. rasanya beliau suka dengan perencah mee rebus ... datang order kali ke dua ambil perencah mee rebus

tunggu status .. mungkin company beliau suka dan jadi ambil dalam kuatiti yang banyak :)

Mari Masak Soto.


Soto adalah masakan yang boleh dimasak selepas raya. Almaklumlah biasanya hari raya kita makan rendang, sambal kacang serta bermacam kek dan kuih. Makanan yang berat-berat, berlemak.
Soto nasi impit atau soto mihun bersama kuah sup soto beserta pegedil semestinya menyelerakan seisi keluarga.

Untuk buat pegedil, masukkan sedikit rempah soto. Boleh membangkitkan rasa pegedil tersebut. Nyum! Nyum!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin